Monday, 27 August 2012

Ikan Patin Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan ( 1 family )5 potong ikan patin
segenggam cili api
1 biji kelapa -diparut & diperah santannya
2 inci kunyit hidup
1 batang serai - dititik
1 keping asam gelugor
garam

Cara-cara1.bersihkan ikan patin dan rendam dengan air asam jawa untuk buang hanyir lebih kurang 15 minit.
2.tumbuk lumat cili api dan kunyit hidup.
3.masukkan pes cili yang ditumbuk tadi dan serai beserta santan ke dalam periuk.
4.masak atas api sederhana sampai menggelegak. kacau selalu untuk elak santan pecah.
5.Bersihkan ikan yg direndam dengan air asam jawa sekali lagi dengan air bersih dan masukkan dalam periuk. Tambah sedikit air jika perlu.
6.kerap simbah kuah perlahan2 ke atas ikan hingga ikan masak utk elak santan pecah. jangan kacau kuah kerana isi ikan patin lembut n mudah tercerai.
6.Sementara itu boleh masukkan asam gelugor dan perasakan dengan garam.
Sedia dihidang......
TIPS : ikan patin masak lemak cili api ni kalo simpan semalaman dan kerap dipanaskan lagii tambah sedappp.... Boleh juga tambahkan tempoyak utk rase yg lebih mabelesz!~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...