Monday, 24 September 2012

Kisah Tafsir Mimpi Berbogel Mengelilingi Kaabah Yang Mencairkan Hati Yang Keras– Sheikh Ahmad Sudais

 
Sheikh Ahmad Sudais dijemput ke salah satu stesyen Radio di negara beliau, untuk ditemuramah serta membincangkan hal hal yang berkaitan agama di stesyen radio berkenaan, terdapat beberapa sesi temubual dan soal jawab. Tidak ketinggalan juga sesi untuk para pendengar radio untuk menelefon dan bertanyakan soalan kepada Imam Besar Mekah itu.
Ketika tengah rancak berkumandang di udara, Pihak stesyen radio menerima panggilan telefon daripada pendengar radio

Pendengar : Assalamualaikum, izinkan saya bertanya soalan?

Sheikh Sudais : aiwa, teruskan.

Pendengar : Saya ingin bertanyakan mengenai Tafsir mimpi.

Sheikh Sudais: Maaf, saya kurang arif berkenaan ilmu tafsiran mimpi tetapi silakan bertanya, mungkin saya boleh bantu dengan beberapa hadith shohih mengenai mimpi seperti mimpinya nabi Yusuf atau juga ada hadith2 lain, atau mungkin juga saya bertanyakan kepada kenalan saya yang lebih memahami.

Pendengar : Saya bermimpikan seseorang yang dalam keadaan bogel mengelilingi(tawaf) kaabah tanpa perasaan malu , apakah maksudnya Sheikh?

Sheikh Sudais: Masyaallah.. masyaallah, yang ini saya tahu, Orang itu akan diampunkan segala dosanya oleh ALLAH, Umpama bayi yang baru lahir.

Pendengar: Bolehkah saya memberi khabar gembira ini kepada beliau?

Sheikh Sudais: Sudah menjadi kewajipan bagi tuan untuk memberikan khabar gembira ini kepada beliau.

Pendengar : Lelaki itu adalah Tuan Sheikh sendiri.

Sheikh Sudais terkejut dan teresak2 menangis sehinggakan program itu terpaksa dibatalkan dan dihentikan kerana esakan tuan sheikh.




Enhanced by Zemanta

Sunday, 23 September 2012

Panggilan Haji

English: Kaaba at the heart of Mecca. As the n...
English: Kaaba at the heart of Mecca. As the night goes on pilgrims visiting the Holy House. (Photo credit: Wikipedia)
English: A picture of people performing (circu...
English: A picture of people performing (circumambulating) the . This picture taken from the gate of Abdul Aziz seems to divide the Kaaba and the minarets into mirror images of one another. Français : Pélerins en train de réaliser la Circumambulation (ou Tawaf) autour de la Ka'ba. Photo prise depuis la porte Ibn Saud, d'où la vue présente une symétrie en miroir presque parfaite. (Photo credit: Wikipedia)
HERAT, AFGHANISTAN - NOVEMBER 2: Afghans prepa...
HERAT, AFGHANISTAN - NOVEMBER 2: Afghans prepare to leave on a pilgrimage to the Islamic Hajj in Mecca on November 2, 2010 in Herat, Afghanistan. It is expected that some 30,000 Afghan pilgrims will travel to Saudi Arabia this year for Umrah with more than 100 buildings being reserved for Afghan Hajj pilgrims this year in Saudia Arabia. (Image credit: Getty Images via @daylife)
 PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH PADA SYARAK

Haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sai’e dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.


Umrah pada syarak ialah menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan tawaf, saie dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.


TEMPAT MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH

Dalam pengertian itu, kita umat Islam dikehendaki menyempurnakan Haji di satu tempat yang ditentukan oleh Allah iaitu di Baitullahil Haram di Tanah Suci Makkah, Arafah, Muzdalifah dan Mina serta tidak ada Haji atau tidak mungkin terjadi atau mustahil dapat dikerjakan atau ditunaikan di tempat-tempat lain. Tempat mengerjakan Umrah pula ialah hanya di Baitullahil Haram, Makkah.

MASA MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH

Haji sudah ditetapkan masa dan tempohnya iaitu dalam lingkungan 70 hari sahaja atau 2 bulan sepuluh hari bermula dari 01 Syawal hingga terbit fajar 10 Zulhijjah di mana tempoh tersebut dinamakan bulan-bulah haji. Tidak sah ihram haji jika dilakukan di luar masa tersebut dan ini bermakna Haji itu boleh ditunaikan hanya sekali sahaja setahun, manakala Umrah boleh dikerjakan pada bila-bila masa sepanjang tahun jika tidak berada dalam ihram haji.

HUKUM HAJI DAN UMRAH

Haji diwajibkan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap orang Islam yang sudah baligh, berakal, merdeka, berkuasa samada lelaki atau perempuan, begitu juga hukum umrah adalah wajib sama seperti hukum haji.

SEBAHAGIAN DARI AYAT AL QURAN DAN HADIS MENGENAI HAJI

Daripada Al-Quran :-

Surah Aali-Imran ( Sebahagian daripada ayat 97 ) yang bermaksud : ” Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu siapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur ( ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu ), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya ( tidak berhajatkan sesuatu pun ) dari sekelian makhluk”.

Surah al-Haj ( Ayat 27, 28 dan 29 ) yang bermaksud : Ayat 27. ” Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang kepada ( rumah Tuhan ) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan ( dan ceruk rantau ) yang jauh”.

Ayat 28. ” Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka, serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari tertentu, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak ( untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari ( daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin”.

Ayat 29. ” Kemudian hendaklah mereka membersihkan diri mereka, dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka Tawaf akan Baitullah ( Kaabah ) yang tua sejarahnya itu “.

Surah al-Baqarah ( Ayat 196 ) yang bermaksud : ” Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah, maka sekiranya kamu dikepung ( dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu berihram, maka kamu bolehlah bertahallul, serta ) sembelihlah Dam yang mudah didapati dan janganlah kamu mencukur kepala kamu ( untuk bertahallul ), sebelum binatang Dam itu sampai ( dan disembelih di tempatnya ). Maka sesiapa di antara kamu sakit, atau terdapat sesuatu penyakit yang menyakiti di kepalanya ( lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah iaitu berpuasa atau bersedekah atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah ( dan terus menikmati kemudahan itu ) hingga masa ( mengerjakan ) ibadat Haji ( bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia ) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat mengadakan Dam ), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali ( ke tempat masing-masing ); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang-orang yang tidak tinggal menetap di sekitar Masjidil Haram ( Makkah ). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksa-Nya ( terhadap orang-orang yang melanggar perintah-Nya.”

Surah al-Baqarah ( Ayat 197 ) yang bermaksud : ” ( Masa untuk mengerjakan ibadat ) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian, sesiapa yang telah mewajibkan dirinya ( dengan niat mengerjakan ) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh berbuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah: dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri ( dari keaiban meminta sedekah ): dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal ( yang dapat memikir dan memahaminya )”.

Daripada Hadis :-

1. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: ” Didirikan Islam itu di atas lima rukun, iaitu mengucap Kalimah Syahadat ( Ku beri’ktikad, berikrar dan mengaku bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya melainkan Allah jua, dan sesungguhnya Junjungan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah ) dan mendirikan sembahyang lima waktu dan mengeluarkan zakat dan mengerjakan Haji dengan mengunjungi Baitullahil Haram dan puasa di bulan Ramadhan”.

Diriwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim

2. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : ” Sesiapa yang manunaikan fardhu Haji kerana Allah dengan tidak melakukan persetubuhan dan tidak membuat fasiq ( maksiat kejahatan ) maka bersihlah dirinya daripada dosa seumpama di hari ianya dilahirkan oleh ibunya”.

Diriwayat oleh Imam Bukhari, Ibnu majah dan lain-lain

3. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, bersabda Junjungan Rasulullah S.A.W yang bermaksud : ” Mengerjakan Umrah kepada satu Umrah yang lain adalah menghapuskan dosa yang berlaku di antara tempoh keduanya dan Haji yang mabrur ( yang penuh dengan kebajikan ) tidak ada balasannya melainkan syurga”.

Diriwayat daripada Imam Ahmad

4. Daripada Siti Aisyah r.a katanya, Bersabda Junjungan Rasulullah S.A.W : ” Aku telah berkata kepada Junjungan Rasulullah S.A.W : Wahai Rasulullah! Kami berpendapat berjihad itu adalah sebaik-baik amalan, maka tidakkah boleh kami berjihad? Sabda Junjungan Rasulullah S.A.W : Bagi kamu perempuan, jihad yang lebih afdal ( baik ) itu ialah Haji Mabrur”.

Diriwayat daripada Imam Bukhari dan lain-lain

5. Daripada Abu Zuhir Abdullah bin Buraidah daripada bapanya berkata, sabda Junjungan Rasulullah S.A.W : “Perbelanjaan kerana menunaikan fardhu Haji adalah seperti perbelanjaan pada sabilillah, ganjarannya 700 kali ganda”.

Diriwayat oleh Imam Ahmad, Tabarani, al-Baihaqi dan Abi Syu’bah

6. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah S.A.W bersabda : ” Haji yang penuh dengan kebaikan ( Haji Mabrur ) adalah lebih baik dari dunia dan apa yang ada di dalamnya. Haji Mabrur, tidak ada balasan selain dari Syurga”.

7. Diriwayat oleh Abu Umamah katanya : Telah bersabda Junjungan Rasulullah S.A.W : ” Sesiapa yang tidak dihalangi oleh sesuatu hajat keperluan yang sah atau larangan daripada sultan ( atau pemerintah ) yang zalim atau sakit yang mengganggukan, kemudian ia meninggal dunia dengan tidak menunaikan fardhu Hajinya maka tidak ada halangan sekiranya dikehendaki matinya sebagai Yahudi atau Nasrani”.

Diriwayat oleh Darami

8. Diriwayat daripada Abu Said al-Khudri r.a meriwayatkan sebuah Hadis Qudsi. Firman Allah : ” Sesungguhnya seseorang hamba yang Ku-kurniakan sihat tubuh badannya, lega hasil pencariannya, berlaku sedemikian selama lima tahun pada hal ia tidak mengunjungi-Ku, ( menunaikan fardhu Haji / menziarahi Baitillahil Haram ) maka sesungguhnya ia diharamkan dari memasuki Syurga ( sekiranya ia mengingkari Haji itu wajib lagi baginya )”.

Diriwayat oleh Ibnu Hiban

9. Diriwayat oleh Imam Ahmad daripada Sayyidina Abdullah Ibni Abbas r.a yang maksudnya : ” Barangsiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh membawanya ke Baitullahil Haram, tetapi ia tidak menunaikan fardhu Haji maka tidak ada halangan ke atasnya jika dikehendaki matinya sebagai Yahudi dan Nasrani”.
Kredit
Enhanced by Zemanta

Friday, 21 September 2012

FADHILAT QURBAN DAN AQIQAH

 





Kedua-dua ibadah ini adalah antara amalan mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadhilatnya, tetapi malangnya masih ramai orang yang samar-samar atau kabur kefahaman menerka mengenainya, sehinggakan ada yang memandang ringan walaupun mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu melakukan penyembelihan qorban dan aqiqah ini. Semoga dengan penjelasan yang serba sedikit ini dapat membantu kefahaman kita semua tentang ibadat Qurban serta Aqiqah serta keinginan untuk sama-sama mencari pahala kedua ibadah ini akan meningkat.

Apakah sebenarnya qurban dan aqiqah itu? Apakah hukum melakukannya? Berapa kali kita dituntut melakukan qurban sepanjang hayat kita? Apakah syarat-syarat binatang yang dikorbankan? Apakah perbezaan antara qurban dan aqiqah? Bolehkah seekor lembu dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahaian untuk aqiqah? Apakah hikmah atau faedah yang bakal diperolehi kerana melakukan kedua-dua ibadah itu?

Demikianlah antara masalah yang akan cuba kita kupas serta perjelaskan dibahagian ini dan disamping itu akan dijelaskan beberapa perkara berkaitan dengan ibadah kurban dan aqiqah, semoga memberi kefahaman yang jelas hingga kita dapat menghayatinya dengan penuh keimanan kerana menjunjung perintah Allah s.w.t. dan mendapat fadhilat daripada amalan yang akan kita lakukan ini.

PENYEMBELIHAN QURBAN

Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada  Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

                        Firman  Allah s.w.t. yang bermaksud:

                        "Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."    (surah al-Haj:36)

                        "Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah."    (Surah al-Kauthar:2)

                        Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu."    (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

                        Zaid bin Arqam berkata: "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan."    (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

HUKUM BERQURBAN

Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

    Islam

    Merdeka (Bukan hamba)

    Baligh lagi berakal

    Mampu untuk berqurban

Sabda  Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

"Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Turmuzi).

"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)

Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda  Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)

PERLAKSANAAN QURBAN

    Binatang yang diqurbankan daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.

    Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.

    Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat 'Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Hhaji sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)

    Daging qurban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging qurbannya. Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:

    Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan

    Orang yang berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkannya.

    Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda  Rasullullah s.a.w: "Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah."

HIKMAH DAN FADHILAT

    Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.

    Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

    Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.

    Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan  Allah s.w.t.

    Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.

    Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."

AQIQAH UNTUK ANAK

Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh  Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

                        Ibnu Majah menerangkan maksud "... terpelihara dengan aqiqahnya..." (pada mafhum hadis diatas) adalah bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.

                        Daripada Salman bin Amir al-Dhabley, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Untuk anak lelaki itu aqiqahnya. Tumpahkan atasnya darah dan hilangkanlah daripadanya kekotoran dan najis." (Riwayat Abu Daqud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah).

                        Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.

HUKUM AQIQAH

Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.

Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.

Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.

Anak lelai disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

HUKUM-HUKUM YANG LAIN BERKAITAN DENGAN QURBAN DAN AQIQAH

    Jika menyembelih qurban sendiri hendaklah berniat: "Aku jadikan binatang ini qurban untuk diriku kerana Allah Ta'ala" dan seumpamanya, atau jika penyembelihan aqiqah berniat : "Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala."

    Jika untuk tolong kepada orang lain maka hendaklah berakad iaitu dengan dua cara:

          1) Secara wakil, maka orang yang mewakilkan berkata: "Aku wakilkan atas diriku untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk diriku (atau aqiqah untuk anak ku...)." Orang yang menerima wakil menjawab: "Aku terima sebagai wakil untuk menghasilkan penyembelihan qurban untukmu (atau aqiqah untuk anakmu...)."   (PERINGATAN: Orang yang menerima wakil hendaklah melaksanakan penyembelihan dan tidak boleh diserahkan tanggungjawab menyembelih kepada orang lain).

          2) Secara menyerahkan tanggungan dengan berkata: "Saya meletakkan atas zimmah tanggungan tuan untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk ku (atau aqiqah untuk anakku)." (PERINGATAN: Penerima jika tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab yang diterima, boleh diserahkan kepada orang lain untuk menyempurnakan penyembelihan untuk orang-orang yang berakad tadi).

    Daging qurban sunnat disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu dalam bentuk masih mentah tetapi aqiqah sunnat dimasak dengan masakan jenis manis seperti kurma, kicap dan sebagainya.

    Binatang unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebhagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah.

    Disunnatkan tulang-tulang binatang qurban itu tidak dipatahkan atau dipecahkan sama ada oleh orang yang mengaqiqahkan atau yang memakannya. Cuma hendaklah diceraikan pada setiap persendian tulang. Sekiranya dipecahkan juga maka tidaklah pula makruh, tetapi khilaf aula (yakni bersalahan dengan yang utama).

    Daging aqiqah atau qurban atau mana-mana bahagian dari binatang (seperti kulit, tulang dan sebagainya) tidak boleh dijadikan upah kepada orang yang menyembelih dan orang-orang yang menguruskan pemotongan. Upah untuk mereka jika diperlukan, maka hendaklah diberi dalam bentuk wang atau harta benda yang lainnya.

    Orang kafir tidak boleh diberi makan daging aiqah atau daging qurban, sekiranya telah diberi umpamanya sekilo, maka wajib diganti dengan daging yang lain untuk memenuhi daging yang kurang itu.

    Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban nazar atau aqiqah, haram dimakan atau diambil oleh orang yang melakukannya.

QURBAN DAN AQIQAH BERAMAI-RAMAI

Sekarang ini ada pihak tertentu seperti Masjid, Surau atau badan kebajikan dan orang perseorangan menganjurkan majlis Qurban dan Aqiqah secara beramai-ramai. Pada dasarnya amalan ini baik demi menggalakkan masyarakat Islam melakukan kedua-dua ibadah yang sangat dituntut dalam Islam (Sunnat Muakkad). Namun yang demikian, beberapa syarat berikut ini hendaklah dipatuhi:

Pengurusan hendaklah dilakukan dengan betul, dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

Harga yang dikenakan hendaklah dinyatakan termasuk kos pengurusan (Penyembelihan, kenderaan, upah menyembelih, melapah dan sebagainya jika memerlukan upah).

Hendaklah diadakan aqad atau ijab dan qabul antara orang yang melakukan qurban atau aqiqah dengan pihak pelaksana (AJK Qurban/ Aqiqah atau AJK Masjid/ Surau/ Badan Kebajikan/ Orang perseorangan).

Kredit
As seen on : (al-sahih media) - Ibadah Qurban
Enhanced by Zemanta

Tuesday, 18 September 2012

Vaginal Prolapse - Causes, Diagnosis and Treatment

Vaginal Prolapse occurs when the vagina is stretched, so much so that its front wall or back wall bulges when a women moves physically. In simple words, it’s not nothing but a change in the position of a woman's pelvic structure. A vaginal prolapse can cause the pelvic structures in a woman to protrude outside the vagina. This apparently causes discomfort to a woman, as the muscles will find it difficult to hold all the organs together.
Vaginal Prolapse - Causes, Diagnosis and Treatment

The Causes Behind Vaginal Prolapse

  • Childbirth: Many theories prove that childbirth is one of the most important causes for vaginal prolapse. It is a very common feature in women below 60 years of age. Multiple births can bring along the increased risk of complicating the prolapse.
  • Obesity: It has been shown that women who are overweight are at a higher risk of getting this disorder. Hence it is necessary for you to maintain a proper body mass index (BMI) and to stay fit, so that you can be free of such conditions.
  • Surgery: Vaginal prolapse can also be caused due to the gradual weakening of muscles and ligaments in a woman's body. You can face vaginal prolapse if you’ve had any form of surgery as this can increase your chances of contracting vaginal prolapse by weakening your muscles further.
  • Menopause: Menopause is also cited as a risk causing factor for vaginal prolapse. As you near your menopause, it is advisable that you talk to your doctor about the many questions and concerns that you have regarding vaginal prolapse and other infections.
  • Age: Research proves that your risk of developing vaginal prolapse actually increases as your grow older. Old age can cause muscles to weaken, and this is an understandable fact.
  • Genetics: Any woman, whose mother or sister suffers from vaginal prolapse, has a good chance of getting this infection. This is because in rare cases, weak muscles can also be a genetic factor.
  • Others: When women face repetitive strains on their body due to heavy weight lifting or constipation, then their risk of vaginal prolapse will be high.

Signs and Symptoms of Vaginal Prolapse

There are certain signs and symptoms involved with vaginal prolapse that you need to keep an eye out for. The below mentioned are the common symptoms of vaginal prolapse.
  • A heavy and uncomfortable feeling in the vaginal area
  • A feeling of something protruding in the vagina, like an extension
  • A small pulling sensation in the vagina
  • Sudden bouts of pain during sexual intercourse
  • Bleeding or vaginal spotting
  • Lower back pain (which occurs frequently over time)
  • Difficult to urinating and a burning sensation
To get your prolapse properly diagnosed, you should consult your general physician first and get your doubts clarified. If you are diagnosed with vaginal prolapse, it's advisable to meet a specialist.

Treatment of Vaginal Prolapse

Even though vaginal prolapse is very common among women, living with something so painful and uncomfortable is something that women learn to cope with over time. You should always opt for proper treatment for your condition, based on the type of vaginal prolapse that you’re suffering from. The following are the treatments available.
  • Behavior Therapy: This form of therapy is all about making a few alterations in the way you live. Alterations can include eating healthy food, losing a few extra pounds, quitting smoking and avoid weight lifting. These things can help a woman and keep her from increasing the severity of her prolapse. This will help her lead a normal life, without any problems.
  • Physical Therapy: Many doctors and physical therapists suggest regular pelvic muscle exercises, also known as Kegel exercises. These are very popular exercises that may help in toughening a woman’s pelvic floor muscles, and these exercises may also help in alleviating some symptoms of minor vaginal prolapse.
  • Vaginal Pessary: This appliance can also be termed as a uterine prolapse pessary, and this is an appliance that is positioned into the vagina so that enough support if offered to the pelvic structures that are within and also to reduce the overall pressure on the bladder and bowel.
  • Surgical Mesh: This treatment method is now followed by many doctors. The mesh treatment is proven to be as effective as normal traditional surgeries, while small cuts reduce the recovery time and the pain. Depending upon the requirement, the doctor chooses a biological or a synthetic mesh for the treatment.
  • Advanced Minimally Invasive Surgical Procedures: Such repair surgery is mainly focused towards changing the anatomical position of your vaginal structure and bringing it back to its normal state. This will help you’re your muscles support the inner organs in a better manner, and will help in holding your bladder and bowel in place, without any painful movements.

  • As seen on : URO/GYN: How is urge incontinence treated?
It is important to note that medications for vaginal prolapse are not available, as this is a purely physical condition. Opting for some of the above given measures can be very useful in coping with this condition.
Enhanced by Zemanta

Monday, 17 September 2012

Temujanji rogol

MENGHADIRI temujanji dengan kenalan baru lalu dirogol? Mengapa kes begini masih wujud? Apa yang membimbangkan, dahulu ia hanya berlaku di pesta muda-mudi dan kelab malam, tetapi kini ada kes dilaporkan berlaku di tempat awam seperti kedai makan atau dalam kereta.
Sebenarnya jenayah rogol hampir mustahil dilakukan jika mangsa tidak diberi perangsang seksual dalam bentuk dadah.
GHB (gamma hydroxybutyric acid), Rohypnol (flunitrazepam) atau Roofies dan Ketamine (Special K) popular digunakan untuk tujuan di atas satu ketika dahulu. Kini dadah tersebut sukar diperolehi disebabkan penguatkuasaan undang-undang.
Malangnya pemangsa semakin bijak. Mereka beralih kepada penggunaan campuran beberapa jenis arak, dadah sintetik dan cecair hormon perangsang seks binatang seperti kuda.
Contohnya, mereka menambah sedikit gula dan pewarna kepada campuran arak supaya minuman berubah warna dan bau menyerupai minuman berkarbonat.
Penggunaan dadah sintetik dan cecair hormon lebih mudah. Ia sukar dikenal dan pemangsa hanya perlu memasukkannya ke dalam sebarang jenis minuman atau makanan. Ada yang berbentuk gula-gula atau rokok.
Kebanyakan pemangsa akan menyembunyikan dadah perangsang seks di dalam genggaman tangan.
Mereka akan mencari kesempatan memasukkannya ke dalam minuman sewaktu tidak dilihat oleh mangsa.
Anak gadis yang terminum akan menjadi mengantuk, berahi dan tidak dapat mengawal pergerakan diri. Ini memudahkan mangsa dirogol tanpa melawan.
Lebih malang, mangsa mungkin mengalami amnesia dan tidak dapat mengingat tragedi tersebut dengan jelas lalu menyukarkan siasatan polis.
Mangsa juga berisiko mati akibat 'overdose' kerana pemangsa cenderung memberi sukatan berlebihan kerana istilah 'sukatan selamat' tidak wujud sama sekali.
Oleh itu, berhati-hati ketika bertemujanji. Ini bukan bermaksud anda menjadi bosan atau paranoid.
Anda hanya perlu melindungi diri daripada terambil dadah perangsang tersebut, yang penting jangan terpedaya dan sentiasalah berwaspada.
Lindungi diri daripada dadah perangsang seksualn Sebelum pergi bertemujanji, pastikan seseorang tahu ke mana, bila dan dengan siapa anda akan bertemu.
* Berjumpa di tempat awam yang mempunyai ramai orang. Jika ke parti dan terjumpa kenalan baru, jangan sekali-kali beritahu alamat tempat tinggal anda.
* Jangan pergi bertemujanji seorang diri. Terutamanya jika ia temujanji pertama. Bawalah kawan.
* Perhatikan sebarang tingkah laku mencurigakan dan jangan beri dia peluang memasukkan sesuatu ke dalam minuman anda.
* Pastikan telefon bimbit dalam mode senyap. Ia akan memudahkan anda menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sekiranya memerlukan pertolongan.
* Jika bertemujanji di dalam persekitaran samar-samar, pegang gelas minuman sepanjang masa. Jika rasa perlu merehatkan tangan, pastikan mata anda sentiasa terarah kepada minuman.
* Jangan terima sebarang pelawaan minum melainkan minuman yang diambil sendiri. Paling selamat minumlah air tin yang anda buka sendiri penutupnya.
* Jika minuman tersebut berasa pelik, berhenti minum dan segera minum air mineral untuk melancarkan sistem pengkumuhan badan.
* Jika ada seseorang cuba memaksa anda minum, sediakan alasan mengapa anda terpaksa menolak.
* Jangan malu untuk berkata 'tidak', beritahu sahaja sebarang alasan seperti 'minuman ini membuat saya sakit' atau 'saya tidak mahu muntah'.
* Jika pergi ke tandas, pastikan rakan anda tinggal bersama minuman untuk menjaga keselamatan. Jika anda terlepas pandang, anggap sahaja minuman tersebut tidak selamat dan dapatkan yang baru.
Akhir sekali, ketahui tanda-tanda jika anda telah pun diberi dadah. Sekiranya anda terasa dunia bergerak terlalu perlahan atau mabuk walhal anda tidak mengambil sesuatu yang memabukkan, anggap sesuatu yang tidak kena telah berlaku.
Tinggalkan sahaja lelaki itu dan hubungi seseorang yang boleh dipercayai.
Dadah perangsang seksual bertindak balas sangat cepat. Jika anda tunggu, mungkin anda hanya tersedar pada keesokan hari dan ia sudah terlambat!


 Kredit

Friday, 14 September 2012

Filem Kontroversi Terus Ditayang

 

SAN FRANCISCO 14 Sept. - Pemilik YouTube, Google Inc menyatakan, pihaknya tidak akan mengeluarkan sedutan filem Innocence of Muslims daripada laman web perkongsian video itu, selepas ia mencetuskan tunjuk perasaan anti- Amerika Syarikat (AS) di seluruh dunia, minggu ini.
Sedutan filem arahan Sam Bacile, 52, dari California selama 14 minit itu menggambarkan Nabi Muhammad S.A.W pernah tidur dengan ramai wanita, mengisahkan pembunuhan kanak-kanak dan mendakwa keldai sebagai haiwan Islam pertama.
Dalam satu kenyataan kelmarin, Google secara rasmi menolak untuk menyekat sedutan filem terbabit, tetapi mengenakan sekatan ke atas penonton di Libya dan Mesir ekoran sensitiviti di kedua-dua negara tersebut.
"Filem tersebut berada dalam kawalan kami dan akan terus kekal disiarkan dalam YouTube kecuali di Libya dan Mesir," katanya.
Google dalam pada itu mengucapkan takziah kepada empat mangsa yang terkorban termasuk Duta AS ke Libya, Christopher Stevens yang ditembak mati dalam satu rusuhan di Benghazi pada Selasa lalu.
Sehingga petang semalam, sedutan filem tersebut sudah ditonton lebih 122,000 kali.
Di bawah prosedur Google, mana-mana pengguna YouTube yang kurang selesa dengan isi kandungan sesebuah video itu boleh membuat bantahan dan diteliti pihak berkenaan.
Dalam perkembangan sama, Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton berkata, negaranya tidak berupaya bertindak terhadap pihak yang mencetuskan keganasan anti-Islam berhubung penyiaran filem berkenaan atas sebab kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan negara ini.
Clinton berkata, AS berpegang kepada kebebasan bersuara yang telah diamalkan sejak sekian lama dan pihak berkuasa tidak mampu menyekat rakyatnya daripada menyatakan pandangan mereka walaupun ia boleh mencetuskan kemarahan.
"Saya tahu adalah sukar bagi sesetengah orang untuk memahami mengapa kami tidak boleh menyekat video itu.
"Selain kebebasan bersuara, dunia yang semakin canggih menyebabkan kami mustahil untuk menyekatnya," katanya semalam.
Sementara itu di Amman, penerbit filem anti-Islam tersebut, Nakoula Basseley Nakoula mem beritahu yang dia tidak menyesal dengan filem itu.
"Tidak, saya tidak menyesal. Namun saya sedih di atas pembunuhan duta AS ke Libya," kata warganegara Mesir itu yang menetap di California kepada radio bahasa Arab AS, Radio Sawa.
"Saya adalah orang yang membo corkan dan menyiarkan filem berdurasi 14 minit itu di Internet dan saya sedang mempertimbangkan untuk menyiarkan versi penuh,'' katanya. - REUTERS/AFP
Enhanced by Zemanta

Tuesday, 11 September 2012

Risiko air ketuban kurang dan pecah

 risiko air ketuban pecah
Semakin hari, semakin kuat debaran Hajar menanti detik bayi keempatnya yang dijangka dilahirkan tanggal 27hb. Namun, sehari, dua hari sehingga seminggu berlalu meninggalkan tarikh jangkaan itu, tiada tanda-tanda Hajar bersalin.

Debaran Hajar semakin kencang. Ada masalahkah kandungannya? Soalan itu berselang-seli dengan debaran yang terus melanda diri. Segala persiapan sudah dibuat jika kemungkinan dia akan bersalin bila-bila masa. Akhirnya, setelah lebih seminggu berlalu, barulah Hajar menunjukkan tanda-tanda sakit bersalin. Walau bagaimanapun, disebabkan kekurangan air ketuban, Hajar terpaksa menjalani kelahiran secara pembedahan berbanding tiga orang anaknya yang dilahirkan secara normal.

Pengalaman sebegini mungkin kerap dialami terutama bagi ibu yang melahirkan anak sulung. Walau bagaimanapun, ia mungkin dianggap perkara biasa justeru tidak ramai mengetahui pentingnya air ketuban serta risiko yang dialami sekiranya kekurangan air ketuban.

Air ketuban merupakan cecair yang berasal daripada rembesan kulit bayi dan produk air kencing bayi yang mengelilingi bayi semasa dalam kandungan ibu. Biasanya bersifat jernih dan tidak berwarna, tetapi boleh bertukar menjadi warna kepada kehijau-hijauan atau kecoklatan sekiranya bercampur dengan najis janin.

Antara sifat air ketuban ialah tidak pekat seperti lelehan faraj dan tidak berbau sebagaimana air kencing, sebaliknya ia bersifat cecair dan cepat membasahi atau meleleh apabila terpecah.

Air ketuban akan terus memenuhi kantung rahim sepanjang tempoh kehamilan. Fungsinya sangat penting. Antaranya ialah mengisi ruang perantara di antara janin, tali pusat dan dinding rahim bagi membantu penyerapan kesan hentakan luar (trauma kemalangan), menyerap kesan himpitan sekiranya berlaku pengecutan rahim, selain daripada menstabilkan suhu persekitarannya. Kepentingannya yang lain ialah bertindak sebagai lapisan pendinding kepada jangkitan dan memberi ruang kepada bayi dalam kandungan untuk menggerakkan anggota tubuh iaitu kaki dan juga tangannya.

Air ketuban juga boleh pecah sama ada secara sendiri mahupun menerusi prosedur tertentu. Salah satu penyebab kepada ketuban pecah ialah prosedur memecahkan kantung ketuban yang biasanya dilakukan oleh doktor sewaktu ibu hamil mengalami kontraksi.

Selain itu, air ketuban yang terlalu berlebihan pula boleh menyebabkan rahim menjadi terlalu tegang dan tidak dapat menahan tekanan di dalamnya lalu pecah. Malah, kelainan sifat tegar selaput ketuban yang menjadikannya lemah juga boleh menyebabkannya mudah bocor.

Risiko ketuban pecah mungkin boleh terjadi sewaktu atau sejurus selepas kebocoran terutamanya kepada ibu hamil yang mempunyai masalah polihidramnios dan kedudukan janin tidak normal. Tali pusat boleh jatuh ke dalam faraj hingga menjadi punca kepada penyebab bayi lemas. Kebiasaannya tindakan segera akan diambil doktor dengan melakukan pembedahan Caesarean bagi mengeluarkan bayi.

Uri boleh lekang daripada terus melekat pada dinding rahim disebabkan faktor perubahan tekanan yang berlaku secara mendadak akibat daripada kebocoran besar seperti di dalam kes polihidramnios. Apabila ini berlaku, ibu hamil juga boleh kehilangan darah dalam jumlah yang banyak dan pada masa yang sama boleh membahayakan keselamatan bayi yang dikandung.

Risiko-risiko lain yang boleh berlaku termasuk jangkitan kuman (chorioamnionitis) jika ketuban pecah melebihi 24 jam. Kuman boleh menjangkiti air ketuban dan janin melalui faraj serta boleh mengakibatkan pneumonia. Ia juga boleh memasuki aliran darah janin dan ibu (sepsis).

Kedudukan janin boleh kekal tidak normal kerana kekurangan atau ketiadaan air ketuban bagi memberi ruang untuk janin bergerak dan membetulkan kedudukannya. Sindrom aspirasi meconium pula boleh terjadi di mana kandungan air ketuban yang sedikit menyebabkan najis janin tidak cair dan meningkatkan risiko terhadap bayi jika najis memasuki ruang pernafasannya.

Oleh itu, air ketuban yang keluar tidak harus dipandang ringan. Sekiranya anda mengesyaki air ketuban keluar sebelum tiba waktunya, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan dan menjalani rawatan susulan.


Informasi :
Oligohydramnios (kekurangan air ketuban), Antara risikonya:

1.    Janin berkemungkinan lemas akibat gangguan aliran darah dan oksigen daripada ibu kepadanya apabila tali pusat terhimpit.
2.    Penyempitan ruang dalam rahim boleh mengganggu pembentukan paru-paru, menyebabkan kecacatan pada anggota kaki serta kedudukan janin tidak normal.
3.    Kelahiran pramatang dan komplikasi berkaitannya boleh berlalu seperti kesukaran pernafasan (respiratory distress syndrome), masalah usus (nectrotizing enterocolitis), pendarahan otak (intraventricular haemorrhagel) dan jangkitan darah (septicaemia).
4.    Kematian sebelum lahir (mati dalam rahim).

Polihidramnios (air ketuban terlalu banyak), Antara risikonya:

1.    Kedudukan bayi tidak stabil. Bayi akan sering bertukar kedudukannya seperti songsang, melintang dan kepala ke bawah.
2.    Kandungan nampak terlalu besar dan berat. Kesannya kepada tulang belakang amat ketara apabila anda berasa tidak selesa terutamanya di trimester akhir kehamilan.
3.    Risiko kelahiran pramatang adalah tinggi kerana proses kelahiran boleh berlaku lebih awal.
4.    Disebabkan kedudukan bayi yang tidak tetap, risiko melahirkan bayi secara Caesarean adalah tinggi.
5.    Bayi juga berkemungkinan mempunyai kecacatan. Ia boleh dikesan melalui pemeriksaan ultrabunyi.
6.    Kadangkala masalah ini boleh menyebabkan anda mengalami kesukaran bernafas, berjalan dan lain-lain.



Kredit Sinar

Monday, 10 September 2012

Rawatan berpantang bak di rumah

 

BERLOKASI di kawasan bukit yang menjanjikan suasana privasi dan nyaman, mungkin ramai yang menyangka Pusat Penjagaan Ibu Bersalin Mom Retreat yang terletak di Jalan Permatang Pasir, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur itu ialah sebuah kediaman mewah. Begitupun percaya atau tidak, rumah tersebut sebenarnya direka khusus untuk golongan ibu yang mahu menjalani rawatan selepas bersalin. Bagi yang berhasrat mahu menghabiskan pantang di rumah tetapi dengan kemudahan bertaraf hotel itu, pasti anda tidak akan menyesal kerana ia bukan sahaja menjanjikan penginapan yang selesa, malah rawatan terbaik.
SUASANA bilik di Mom Retreat saling tidak tumpah seperti sebuah bilik di rumah.


Selain penginapan bertaraf hotel itu, ia umpama satu destinasi percutian bagi ibu yang mahu berehat dengan secukupnya. Malah, di pusat itu ia juga menyediakan khidmat jururawat yang bertauliah untuk penjagaan rapi kepada ibu dan bayi. Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, pemilik pusat berkenaan, Hazeera Banu Ramjan Din, 40, berkata, pihaknya menyediakan perkhidmatan rawatan secara holistik dan tradisional Melayu yang sesuai bagi proses pemulihan serta penyembuhan badan ibu yang baru bersalin.
SETIAP ibu yang baru bersalin akan dijaga jururawat bertauliah demi menjamin kepuasan hati pelanggan tatkala mendapatkan rawatan.


Rumah terbabit memiliki sembilan buah bilik yang dilengkapi dengan kemudahan internet, televisyen, pendingin hawa serta set bilik tidur yang selesa. Ibu kepada empat cahaya mata itu yang baru membuka pusat berkenaan kira-kira dua bulan lalu memberitahu, pihaknya menyediakan kemudahan setaraf hotel demi menjamin kepuasan hati pelanggan sepanjang menerima rawatan di situ.
Jururawat terlatih
Dalam pada itu, para pelanggan tidak perlu bimbang kerana dari soal pemakanan sehinggalah ke tempat tidur, mereka akan dijaga rapi dengan bantuan kakitangan yang terdiri daripada jururawat bertauliah.
“Kami memahami keperluan wanita yang baru bersalin. Apabila menjalani rawatan di sini, mereka akan mendapat perhatian sepenuhnya, rehat yang cukup dan ketenangan minda serta pemulihan badan yang sempurna,” kata Hazeera Banu yang banyak mengamalkan petua neneknya iaitu seorang bidan kampung di Ipoh, Perak 30 tahun lalu. Berbicara lanjut mengenai konsep di pusatnya itu, beliau memberitahu idea tersebut untuk memberi keselesaan kepada para ibu.
KESEMUA produk rawatan bersalin di Mom Retreat diperbuat daripada rempah-ratus.


Dengan dekorasi yang santai, keadaan itu akan menyebabkan para ibu terasa seolah-olah berada di rumah sendiri bukannya seperti hospital. “Suasana pusat ini tidak tumpah seperti sebuah rumah. Segala-galanya ada di sini, lengkap dengan peralatan rumah,” ujarnya. Tambah beliau, kebanyakan golongan ibu akan mengalami tekanan akibat kurang rehat bila berehat di rumah sendiri. Tambahan pula, melihat keadaan rumah yang tidak terurus dan kerenah anak-anak yang lain. Justeru, di sini mereka akan berasa lebih tenang dan dapat berehat sepuas-puasnya.
HAZEERA BANU bersama produk hasil penyediaannya sendiri yang bebas daripada bahan-bahan kimia.


Sementara itu, ketika ditanya mengenai harga rawatan di pusat itu, pihaknya menyediakan tiga pakej Pengurusan Ibu dan Anak Dalam Pantang Bersalin iaitu pakej tiga malam, seminggu, 15 malam dan sebulan.
Harga pakej pula bergantung kepada jenis pakej iaitu sama ada pakej penginapan sahaja ataupun termasuk rawatan holistik dan tradisional Melayu. Bagi yang bersalin secara pembedahan juga boleh mengambil pakej penginapan serta penjagaan rapi di Mom Retreat. Rawatan yang disediakan merangkumi urutan badan, bertungku, bertuam, mandian herba, skrub badan, terapi cahaya infra merah, urutan payu dara bagi yang mengalami bengkak susu, penjagaan luka jahitan di bahagian sulit dan sebagainya.
HAZEERA BANU menunjukkan cara urutan yang betul kepada salah seorang jururawat yang berkhidmat di Mom Retreat.


Begitupun, harga bilik bukan sahaja sahaja merangkumi penginapan di kamar yang besar, tetapi termasuk juga penyediaan makan dan minum ibu bersalin serta perkhidmatan jururawat bertauliah yang akan menjaga setiap pesakit. Dalam pada itu, pakej di Mom Retreat juga menyediakan perkhidmatan kunjungan ke rumah ibu. Pakej yang ditawarkan itu terbahagi kepada tiga iaitu asas, premium dan fleksibel. Apa yang lebih menarik mengenai rawatan selepas pantang di Mom Retreat, anda tidak perlu gusar terhadap kandungan bahan-bahan produk yang digunakan untuk rawatan. Ia kerana, kebanyakan bahan-bahan yang digunakan terdiri daripada ramuan rempah-ratus seperti kulit kayu manis, bunga cengkih, ketumbar, halia dan lada hitam yang secara tradisi diketahui baik untuk rawatan ibu berpantang.
Kredit Kosmo

Sunday, 9 September 2012

Rumah sejuk tanpa pendingin hawa

 
















DARI luar, rumah dua tingkat yang mempunyai pagar berwarna hijau di Jalan SS2/53, Petaling Jaya, Selangor kelihatan sama dengan rumah-rumah teres lain. Dengan jarum jam menunjukkan tepat pada pukul 12 tengah hari, cuaca di luar kejiranan Petaling Jaya itu sangat terasa bahangnya kerana terik matahari.
Namun, sebaik kaki menginjak lantai rumah berwarna hijau itu suasana nyaman dapat dirasa, ditambah pula dengan putaran kipas siling menjadikan suasana sungguh menyegarkan.
Walaupun udara itu tidaklah terlalu sejuk seperti menggunakan pendingin hawa, namun ia sudah cukup untuk memberikan keselesaan kepada isi rumah.
Rumah itu sebenarnya ialah ibu pejabat Pusat Untuk Alam Sekitar, Teknologi Dan Pembangunan Malaysia (Cetdem) yang juga sebuah rumah contoh demonstrasi penyejukan.
TUMBUH-TUMBUHAN hijau di laman hadapan rumah turut memberi impak suhu udara di dalam rumah.


Pengubahsuaiannya mula dilakukan pada bulan Mac 2004 selama empat tahun dan siap sepenuhnya pada Februari 2007.
Ia dibiayai sepenuhnya oleh Persatuan Pembangunan Antarabangsa Danish menggunakan dana sebanyak RM1 juta dengan kos pengubahsuaian sahaja menelan RM40,200.
Kata Pengarah Eksekutif Cetdem, Anthony Tan Kee Huat, ketika itu kosnya sangat mahal terutama untuk bahan penebat.
Bagaimanapun, teknologi semakin berkembang seiring dengan perjalanan masa menjadikan bahan-bahan berteknologi yang lama menjadi semakin murah.
Bumbung perangkap haba
Pengubahsuaian terbesar dilakukan pada bahagian bumbung yang diletakkan bahan penebat. Menurut Anthony, bumbung atap genting memerangkap haba dan mampu menyimpannya dalam masa yang lama.
Di antara atap genting dan penebat, terdapat sela yang menjadi laluan udara panas rumah seterusnya keluar tanpa terperangkap dalam kediaman.
Secara saintifik, udara panas mempunyai ketumpatan yang kurang berbanding udara sekeliling dan membolehkan ia naik ke atas.
Penebat yang dipasang pula membolehkan udara sejuk terperangkap dalam rumah sekali gus dapat mengekalkan suhu pada nilai yang tetap.
ANTHONY menunjukkan perbezaan suhu di dalam dan luar rumah yang mempunyai sistem penyejukkan.


Penebat berjenama Rockwool itu berwarna kekuningan dan diperbuat daripada batu-batuan gunung berapi. Ia amat sesuai menjadi penebat suhu pada atap genting yang mampu mencecah suhu 40 darjah celsius.
Rekaan rumah biasa yang digunakan sekarang menyebabkan udara panas terperangkap di dalam dan masalah semakin ketara terutama kediaman jenis kondominium. Ia berlaku kerana tiada laluan udara panas untuk keluar.
Secara purata, suhu rumah akan turun dalam lingkungan tiga darjah celsius dan penurunan menjadi lebih banyak jika dibandingkan dengan suhu luar.
Ketika ditemui, Anthony menunjukkan bacaan suhu dalam rumah yang diukur setiap hari adalah pada 27 darjah celsius ketika jam mula menunjukkan pukul 1 petang.
“Penghuni rumah akan mempunyai kecenderungan memasang alat pendingin hawa apabila suhu dalam rumah melebihi 30 darjah celsius. Jadi apabila suhu berada sekitar 27 darjah celsius, ia sudah memberi keselesaan kepada penghuni rumah,” terang lelaki yang menetap di Subang Jaya itu.
Apabila menggunakan alat penyejukan seperti pendingin hawa, penggunaan tenaga elektrik meningkat kerana ia memakan tenaga elektrik hampir 34 peratus daripada keseluruhan penggunaan dalam sehari.
Selain itu, kedudukan rumah juga memainkan peranan penting sama ada menghadap matahari terbenam atau terbit, kata Anthony.
Suhu udara matahari terbit lebih rendah berbanding matahari terbenam. Jadi, rumah yang terbaik adalah menghadap matahari terbit.
Di hadapan rumah dua tingkat itu terutamanya pada bahagian tingkap terdapat struktur penahan matahari. Ia diperbuat daripada aluminium dan direka secara condong. Kecondongan plat dapat memantul cahaya matahari supaya tidak terus sampai ke dalam rumah.
SELAIN penebat, plat solar yang menjana elektrik daripada cahaya matahari mampu menjimatkan penggunaan bekalan tenaga.


Struktur penahan matahari dipasang pada jarak tertentu supaya cahaya yang sampai hanya pantulan yang terhasil daripada penahan itu. Pantulan itu kurang silau dan cahaya serta suhunya agak rendah berbanding secara terus.
“Bahan-bahan lain yang lebih murah seperti buluh dan kayu juga boleh digunakan untuk dijadikan sebagai penahan matahari,” terang Anthony kepada Kosmo!
Jimatkan tenaga
Jika terdapat ruang tanah di hadapan rumah, pokok-pokok renek sesuai ditanam bagi memastikan udara yang masuk ke rumah lebih dingin kerana ia melakukan proses fotosintesis.
Di halaman rumah bernombor 17 itu, sayur-sayuran yang ditanam secara organik menghiasi laman sekali gus dapat menjimatkan perbelanjaan rumah.
Menambahkan lagi teknologi tinggi pada rumah itu, bahagian bumbung rumah dipasang enam keping plat solar fotovoltan (PV) yang dapat menjana bekalan elektrik 2,000 watt sehari.
Menggunakan inverter (penyongsang), bekalan elektrik yang dijana dihantar ke Tenaga Nasional Berhad (TNB). Pihak TNB mempunyai skim Fit In Tarif (FIT) yang dapat menjimatkan bekalan elektrik dengan keuntungan RM1 bagi setiap 1,000 watt jam.
Rumah yang dingin, hanya perlu menggunakan kipas tanpa pemasangan ala penyejukan tambahan seperti pendingin hawa. Kipas hanya menggunakan 70 watt jam berbanding pendingin hawa yang memakan tenaga sebanyak 750 watt jam.
Mungkin terdapat individu di luar sana yang mengatakan bahawa sudah cukup pintu dan tingkap ditutup dengan langsir, tetapi Anthony berpendapat sebaliknya.
BAHAN kekuningan ini digunakan sebagai penebat suhu dalam rumah.


Ruang antara kain langsir dan tingkap masih lagi memerangkap suhu panas. Apabila kipas dihidupkan, putarannya menyebabkan kain langsir bergerak sekali gus udara panas memasuki ruang rumah.
Pemindahan haba berlaku dan kipas sahaja tidak mungkin mencukupi dalam menyejukkan rumah. Mengikut data yang diberikan Cetdem, penggunaan elektrik untuk menyejukkan rumah memakan bekalan elektrik tertinggi iaitu sebanyak 34 peratus berbanding peti sejuk yang dihidupkan setiap masa iaitu 23 peratus.
Selain itu, rumah demonstrasi itu turut mengamalkan tuaian air hujan bagi penggunaan mencuci rumah dan menyiram tanaman.
Sebuah tangki mampu menampung air sebanyak 900 liter atau dua meter kubik jadi, air yang disampaikan oleh pihak Syabas boleh digunakan untuk tujuan minuman sahaja.
Lampu kalimantang sudah tidak digunakan lagi di rumah tersebut yang diganti dengan mentol jimat tenaga dengan memberikan kecerahan yang sama, tetapi lebih tahan lama.
Selain itu, Anthony menasihati orang ramai supaya menaikkan sedikit suhu pendingin hawa kerana setiap satu darjah celsius dinaikkan, penggunaan elektrik bagi pemampat akan berkurangan sebanyak 10 peratus.
Semua perubahan yang kelihatan ringkas dan leceh itu menjadikan rumah dua tingkat di Petaling Jaya itu sebuah kediaman yang memiliki kecekapan tenaga.

 Kredit Kosmo

Enhanced by Zemanta

Thursday, 6 September 2012

Rahsia Latihan Kegel Untuk Kebaikkan Kesihatan Seksual




Senaman adalah penting dan komponen tidak bolih diabaikan kehidupan seks yang baik. Senaman boleh membuat anda kuat dan boleh memberi keseronokan anda lebih lama semasa hubungan seksual. Senaman Kegel (seperti yang dinamakan oleh Dr Arnold Kegel) hanyalah satu siri senaman otot lantai pelvik. Ia berfungsi merehatkan otot yang membentuk sebahagian daripada lantai pelvik (yang kini kadang-kadang colloquially dirujuk sebagai "Kegel otot"). Ini pada mulanya dibangunkan oleh pengasas untuk pesakit wanita untuk mengetatkan faraj mereka selepas mengandung.


Terdapat otot dipanggil puboccocceygeus pada lelaki dan wanita,  ianya dipanggil otot PC. Ini adalah otot yang melekat pada tulang pelvis, pegangan dalam organ-organ pelvik. Ia adalah otot yang  organ dalaman seksual. Otot PC, yang berada di antara tulang kemaluan dan tailbone, membentuk angka lapan seperti di sekitar kemaluan.

Ia adalah otot berbentuk buaian yang memberikan sokongan kepada pelvis dan organ-organ abdomen. Otot PC memainkan peranan penting dalam kedua-dua tindak balas seksual lelaki dan perempuan. Goncangan dan kekejangan ketika orgasme dirangsang oleh pengecutan  spontan otot PC.

Selalunya otot lantai pelvik yang lemah dan ini memberi beberapa masalah yang berkaitan dengan kehilangan air kencing. Melakukan senaman dengan betul dan lazimnya dengan rintangan boleh membina otot. Lebih kuat otot membawa kepada tiada kehilangan air kencing  di kalangan wanita.

Kebaikan Latihan Kegel

Perkara-perkara berikut memberitahu kita mengapa ia adalah perlu bagi seseorang untuk melakukan senaman Kegel.

Menguatkan otot pelvik: Kuat otot pelvis boleh membuat anda sihat dan melindungi anda daripada gangguan penuaan tertentu. Kemajuan adalah secara beransur-ansur dan anda boleh mula melihat penambahbaikan dan akan berasa baik tentang perubahan yang berlaku di dalam badan anda.

Mereka nada otot anda dan mengurangkan ketidakselarasan membuang air kecil: Senaman ini membantu seseorang untuk nada sehingga otot pelvis  dan mengurangkan ketidakselarasan dalam membuang air kecil dan masalah 'kebocoran air kencing'. Lelaki dan wanita yang menghadapi masalah kencing boleh melihat keputusan latihan Kegel apabila mereka mula melakukan.

Mereka menyediakan kepuasan meningkat semasa persetubuhan: Ini adalah salah satu manfaat penting senaman Kegel. Senaman ini dapat membantu anda mencapai keseronokan dihujung semasa persetubuhan kerana mereka telah prosedur senaman terbukti untuk lelaki atau wanita yang mengalami libido rendah.
Mereka membenarkan anda untuk mendapatkan orgasma berkuasa: pubococcygues otot pelvik menyokong aliran darah dalam organ pembiakan lelaki dan mengetatkan otot yang menjaga kawalan ejakulasi. Dengan cara ini, ia membantu dalam ereksi berpanjangan dan keseronokan.

Senaman ini dapat membantu wanita dari mendapat prolaps faraj: prolaps faraj berlaku apabila otot di rantau ini pelvik mendapatkan lemah dan mendapati sukar untuk menyokong organ-organ di dalam struktur yang betul. Rutin Kegel adalah salah satu daripada rutin senaman yang dipercayai yang membantu wanita dalam mendapat rantau pelvik yang kuat dan membantu mereka mengelakkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh prolaps.

Mereka boleh membantu dalam menyelesaikan masalah sujud pada lelaki: Ini rutin senaman membantu lelaki dalam menentang ketidakselarasan kencing dan bengkak kelenjar prostat, yang menyebabkan kesakitan atau kerengsaan semasa membuang air kecil.
Bagaimana Cari Spot Hak

Untuk melakukan ini rutin senaman anda akan perlu untuk mengetahui mana sebenarnya otot terletak di lantai pelvik. Untuk mencari lokasi yang tepat, cuba mengawal aliran semasa membuang air kecil, dan ambil perhatian yang cengkam yang anda rasa di rantau pelvis anda. Ini betul-betul tempat di mana otot ini terletak. Sebaik sahaja anda mencari lokasi yang tepat otot, anda boleh mula bersenam. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana dan tiada siapa pun boleh memberitahu apabila anda lakukan.

Demonstrasi Latihan Kegel untuk Wanita






Keputusan Latihan Kegel

Rutin senaman Kegel adalah berfaedah kepada kedua-dua lelaki dan wanita. Bukan sahaja ia memastikan anda patut, ia juga membantu dalam fungsi yang sepatutnya badan anda. Senaman ini, jika dilakukan dengan kerap, boleh menjaga anda sihat dan berpuas hati.

Kesedaran sedang dicipta kalangan lelaki dan wanita tentang kepentingan senaman Kegel. Senaman Kegel boleh belajar dengan mudah, dan ia bukan sains roket. Sesiapa sahaja boleh belajar bagaimana untuk melakukan senaman ini, untuk melindungi mereka daripada ketidakselesaan yang disebabkan oleh penuaan, bersalin dan menopaus. Rutin ini juga melawan terhadap prolaps faraj di kalangan wanita. Mencegah masalah seksual melalui latihan itu adalah lebih baik daripada menunggu untuk mengubati dengan sia-sia.


Tips Untuk Membantu Pasangan Yang Ingin Hamil

 Lagi Petua Mudah Hamil Yang Mudah Diamalkan

 





Tuesday, 4 September 2012

Suami Lanyak Sampai Lembik

IPOH: Seorang wanita muda nekad merakam aksi dia dibelasah suaminya selama hampir setengah jam sebelum rakaman itu dimuat naik ke Internet menerusi laman YouTube sehingga menarik perhatian lebih 35,878 pelayar.
Klip video bertajuk ‘Suami Belasah Isteri’ itu memaparkan mangsa, Amanda Fong Kim Yen, 19, yang mengandung dua bulan ditumbuk, disepak, ditampar dan dicekik suaminya yang berusia 20-an hingga cedera teruk.
Kejadian berlaku sekitar jam 4.30 petang 23 Ogos lalu di sebuah butik menjual aksesori dan pakaian yang diusahakan pasangan terbabit di Ipoh Garden South, di sini.
Rakaman video menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik sendiri oleh Amanda ke akaun facebook (fb) miliknya pada 30 dan 31 Ogos lalu sebelum ia turut dimuat naik ke laman YouTube kelmarin.
Lebih mengejutkan, Amanda turut berkongsi pengalaman pahit itu menerusi catatan di laman facebook termasuk menyiarkan gambar kesan lebam dan luka akibat dibelasah suaminya.

 Kredit

Saturday, 1 September 2012

Petua mencantikkan dan menegangkan payudara

Petua Menegangkan Payudara







Petua 1 : Wanita yang sudah bersalin akan mengalami masalah buah dada menjadi kendur tidak bermaya seperti dahulu. 
Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu , ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali. 

Menurut orang tua yang memberikan petua ini , petua ini dipanggil ‘Petua Sayang Suami’. Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan.



Petua 2 : Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut tika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. Lakukan 2 kali seminggu.


X-Cellagen
EmeBeauty - Produk Kecantikan & Pelangsingan X-Detoxx

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...