Tuesday 31 July 2012

RESEPI IKAN SIAKAP MASAK 3 RASA




BAHAN BAHAN
1 ekor ikan siakap ( saiz terpulang )
1 sudu besar tepung jagung (untuk salut ikan sebelum goreng)
3 ulas bawang merah (dihiris) - kisar
1 sudu besar cili kering kisar 
1/3 biji capsicum merah (tak letak)
1/3 biji capsicum hijau 
1 biji tomato - didadu kasar) 
2 ulas bawang putih (dihiris)
3 cm halia (dihiris halus)
Minyak yang banyak untuk menggoreng ikan

 BAHAN UNTUK SOS
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar air
1 sudu kecil gula pasir
BAHAN UNTUK HIASAN
1 pokok daun bawang
2 biji cili merah (dihiris)
2 biji cili hijau (dihiris)
2 biji buah tomato (dipotong 4)
1 batang daun ketumbar (potong kasar)
1 batang saderi
1/2 batang lobak merah
1 biji bawang merah-potong bulat

CARA MEMBUATNYA
Sapukan tepung jagung sekeliling ikan. (gaul dulu dgn sedikit garam dan serbuk kunyit dan salut tepung jagung)
Panaskan kuali dan goreng ikan hingga kuning keemasan ( bagi garing sikit). Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar dan tumis bahan yang dihiris hingga wangi.
Masukkan bahan2 sos dan biarkan mendidih. (tambah air). Kacau rata dan biar mendidih sikit.
Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
Curahkan ke atas ikan tadi.

  Dah siap hidangkan

Monday 30 July 2012

RENDANG AYAM CILI PADI

Rendang
Rendang (Photo credit: Wikipedia)

 Rendang ayam satu masakan sinonim dengan kita orang melayu, orang peranakan dan seluruh nusantara. Paling popular bila menjelangnya hari2 perayaan seperti hari raya. Selain ayam, daging juga amatlah sesuai dibuat rendang.  Buat seringkas yang boleh, guna santan kotak saja dan  letak juga rempah rendang keluaran Baba's. Kalau takde anda boleh ganti dengan rempah kari. Bahan2 wajib ada dalam rendang, semestinya serai, santan, buah keras, lengkuas, halia, kunyit dan kerisik. Untuk perasa selain garam, gula melaka juga diletakkan. Kalau siapa yang guna serbuk perasa, boleh juga dimasukkan. Selalunya rendang agak kering atau berkuah pekat. Sedap dimakan dengan nasi putih, nasi minyak, ketupat, roti dan sebagainya. Ok jomm kita lihat resipi pula...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam saiz besar, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 kotak santan (mat guna santan MS - 200 ml)
2 keping asam gelugor
1 camca besar penuh gula melaka
3 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit, satu disiat, satu dimayang halus
400 ml air
2 1/2 camca besar kerisik
2 camca besar rempah rendang Baba's (boleh ganti dengan rempah kari)
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 biji buah keras
1 genggam cili padi kampung
1 inci kunyit hidup
5 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)

    Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan rempah rendang, kacau rata dan terus menumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan ayam dan gaul rata. Biar ayam kecut.
    Tambah daun limau purut, daun kunyit yang disiat, santan dan juga air, kacau rata dan biar mendidih. Tambah kerisik, asam gelugor dan sedikit garam. Kacau lagi dan masak dengan api pecil hingga rendang pekat dan ayam masak.
    Masukkan gula melaka dan tambah garam secukup rasa. Kacau dan masak sekejap lagi, terpulang pada anda nak rendang yang lebih kering atau sedikit berkuah. Masukkan daun kunyit yang dimayang halus, gaul rata dan matikan api. Boleh hidangkan..

Kredit
Enhanced by Zemanta

Saturday 28 July 2012

Kembar Siam berjaya dipisah

KUALA LUMPUR – Pakar-pakar perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mencatat satu lagi sejarah apabila berjaya memisahkan kembar Siam berusia setahun yang berasal dari Segamat, Johor dan bercantum di bahagian tulang pinggul baru-baru ini.

Mereka yang terdiri daripada 19 pakar bedah dan anastetik serta 36 jururawat dan pegawai perubatan berjaya memisahkan kembar Muaiman Azli dan Muaimin dalam satu pembedahan maraton selama 24 jam.

Pasangan kembar tersebut yang bercantum di bahagian tulang pinggul dan turut berkongsi usus dan saluran kencing tetapi tiada lubang dubur, selamat menjalani pembedahan untuk pemisahan pada 15 Julai lalu.

Ketua Jabatan Bedah Pediatrik HKL, Datuk Dr. Zakaria Zahari berkata, pembedahan tersebut bertujuan memisahkan dan menstrukturkan semula anggota badan kembar tersebut

“Kami berjaya memisahkan mereka pada pukul 10.10 malam pada hari pertama pembedahan iaitu 14 Julai lalu sebelum dua pasukan pakar bedah bertanggungjawab ke atas bayi tersebut masing-masing.

“Mereka kini berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan pembedahan bagi tampalan kulit memandangkan luka pembedahan itu agak besar,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut meluangkan masa melawat kembar berkenaan di Wad Pediatrik, HKL.

Muaiman dan Muaimin telah dilahirkan pada 14 April tahun lalu di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru sebelum mereka ditempatkan di HKL keesokan harinya iaitu 15 April.

Tambah Zakaria, salah seorang daripada bayi berkenaan akan memiliki satu kaki sahaja memandangkan hanya tiga anggota badan berkenaan yang terbentuk.

“Kita lihat dulu keadaan mereka dalam masa dua minggu. Sekiranya semua berjalan lancar kembar berkenaan akan mula menjalani fisioterapi,” katanya. - kosmo

Tuesday 24 July 2012

1,000 Orang Islam Rohingya disembelih


YANGON (Myanmar): “Saya bukan cakap kosong, tapi ada bukti. Penduduk etnik Rakhine kini bermaharajalela menyerang dan membunuh orang Islam Rohingya di Arakan, tetapi malangnya perkara ini tidak diketahui masyarakat luar kerana pihak berkuasa bijak menyorokkan maklumat sebenar.
“Malah, anggota pasukan keselamatan turut membantu puak Rakhine menindas penduduk Rohingya. Perkara ini bukan lagi rahsia kerana semua orang Islam di Myanmar tahu, namun kami dihalang memberi bantuan,” kata aktivis Islam yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 32, ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Ahmad yang ibu bapa dan adik-beradiknya masih di Arakan berkata, dia sentiasa memantau perkembangan di negeri kelahirannya itu selain berhubung dengan beberapa individu di sana untuk mendapat maklumat terkini.

Menurutnya, setiap individu Muslim tidak wajar berdiam diri tanpa melakukan apa-apa sedangkan ratusan ribu saudara seagama menderita akibat tekanan puak Rakhine yang dibantu pasukan seragam kerajaan di Arakan.

BUKTI…Ahmad menunjukkan rakaman video penderitaan umat Islam Rohingya.
Beliau mendakwa pada masa ini ada kira-kira 115,000 orang umat Islam Rohingya tinggal di lima khemah penempatan sementara di beberapa kawasan iaitu di Thet Khapyin yang menempatkan 40,000 orang, Da Bai Thaecheung (25,000), Bumay (10,000), Budu Pa (20,000) dan Sampya Barat (20,000).
Harian Metro
Enhanced by Zemanta

Monday 23 July 2012

Gadis diarah tanggal pakaian


Leena menunjukkan laporan polis dan surat kepada Pejabat Buruh terhadap tindakan yang dilakukan terhadapnya.
BATU PAHAT – “Hanya kerana dituduh mencuri, saya diarahkan menanggalkan pakaian saya.
“Ketika itu saya hanya menurut kerana saya baru empat hari bekerja dan tidak tahu prosedur alam pekerjaan ini,” kata Leena, 24, (bukan nama sebenar) yang mendakwa dia menjadi mangsa tindakan melampau seorang penyelia ketika ditemui Sinar Harian, semalam.


Leena berkata, pada mulanya dia menganggap perkara itu adalah perkara biasa, sebelum meminta pandangan keluarganya.Menurutnya, keluarga juga menyatakan tindakan melampau itu melibatkan maruah, selain bimbangkan kemungkinan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini di kemudian hari.
“Setelah mendapat nasihat dan mengetahui tindakan yang dilakukan oleh penyelia saya ini salah, saya terus membuat laporan polis berkaitan dengan kejadian berkenaan.

“Saya juga membuat aduan di Pejabat Buruh, kerana mahu tindakan tersebut diambil perhatian selain sebagai pengajaran kepada ketua serta majikan agar tidak melakukan sesuatu perkara dengan sesuka hati,” katanya.
Dia yang bekerja di sebuah farmasi di daerah ini berkata, kejadian berkenaan berlaku pada 16 Julai lalu, kira-kira jam 4.30 petang, ketika pertukaran syif pekerja.

“Pada mulanya, saya diarah untuk mengira hasil jualan saya pada hari terbabit dan setelah mengiranya beberapa kali, saya dapati hasil berkenaan ialah RM406.
“Bagaimanapun, setelah penyelia saya mengiranya, wang hasil jualan itu telah didapati kurang sebanyak RM50 dan kemudiannya saya dituduh mengambil wang terbabit,” katanya.
Katanya, tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, Leena diarahkan untuk menjalani pemeriksaan badan, tetapi wang yang didapati kurang itu tidak ditemui.

“Mereka seterusnya mengarahkan saya menanggalkan pakaian untuk pemeriksaan lanjut.
“Setelah mengetahui tindakan yang dilakukan ini salah, saya sememangnya cukup tidak berpuas hati kerana ia melibatkan maruah serta saya mahu tindakan melampau ini dikenakan tindakan,” katanya.
Katanya, bagaimanapun akhirnya setelah pemeriksaan terhadap jualan secara terperinci dilakukan, didapati akaun berkenaan mempunyai transaksi kad kredit sebanyak RM78.90

Sementara itu, ayah mangsa yang mahu dikenali sebagai Rahman, 78, berkata, dia terus mengarahkan anaknya membuat surat aduan peletakan jawatan serta-merta kerana bimbangkan perkara yang sama akan berulang kembali.

“Saya dan keluarga juga akan mengambil tindakan undang-undang kepada penyelia terbabit serta majikan kerana ia sesuatu perkara yang memalukan dan melibatkan maruah seorang wanita, selain pihak majikan lebih telus menjaga pekerja mereka.
“Saya juga bimbangkan kecanggihan teknologi akan mengaibkan anak saya, mungkin adanya rakaman situasi berkenaan dilakukan seterusnya disebarkan, walaupun ke semua mereka yang terlibat menafikannya,” katanya.
Sinar
Enhanced by Zemanta

Friday 20 July 2012

Bayi koma disyaki didera pengasuh

 


ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan kini bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, apabila koma akibat mengalami pendarahan dalam otak dipercayai didera di rumah pengasuhnya di Taman Kota Kenari, Kulim.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari 20 Jun lalu, bapa mangsa, Amriizwan Ibrahim, 29, berkata isterinya, Rosmira Ramli, 28, menerima panggilan daripada pengasuh memberitahu anak mereka, Muhammad Taufiq Daniall Amriizwan, menangis dan tidak lama kemudian tidak sedarkan diri dengan keadaan tubuhnya kebiruan serta tidak bernafas.

“Isteri saya dan pengasuh kemudian membawa anak sulung kami itu ke Hospital Kulim (HK) untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
“Doktor terbabit memberitahu anak saya tidak sedarkan diri akibat kekurangan oksigen berikutan tersedak susu selain disyaki anak saya didera.

“Bagaimanapun, doktor berusaha menyelamatkan anak saya dan meminta kami merujuk kes ini ke HSB untuk pemeriksaan lanjut,” katanya yang ditemui di HSB, di sini, semalam.

Beliau berkata, dia dan isterinya terus membawa anak mereka ke HSB pada hari kejadian dan anaknya menjalani pembedahan kira-kira jam 11 malam.

“Doktor memberitahu ada pendarahan beku dalam otak dan dua belah mata menyebabkan anak saya koma hingga sekarang,” katanya.

Amriizwan berkata, dia kesal kerana pengasuh itu tidak memberitahu punca kejadian dan tidak datang menjengok anaknya di hospital apatah lagi untuk meminta maaf.
“Saya kesal dengan kejadian ini kerana dia satu-satunya anak tunggal kami. Saya juga bercadang mengambil tindakan undang-undang selepas ini,” katanya.

Menurutnya, pengasuh berkenaan menjaga enam kanak-kanak termasuk anaknya yang berusia empat bulan hingga tiga tahun.

Menurutnya, mereka baru dua bulan menghantar anak mereka ke rumah pengasuh itu memandangkan kedua-dua mereka bekerja.

“Biasanya isteri saya akan menghantar anak kami pada jam 9.30 pagi dan mengambilnya semula kira-kira jam 9.30 malam.

“Selain bayi kami, pengasuh itu menjaga lima kanak-kanak lain yang berusia empat bulan hingga tiga tahun,” katanya.

“Saya pasrah dengan ketentuan Allah dan berdoa anak saya akan kembali sedar dan sembuh seperti biasa kerana kami amat menyayanginya,” katanya.

Dia membuat laporan di Balai Polis Langgar, di sini, berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Sumber : Hmetro
Enhanced by Zemanta

Wednesday 18 July 2012

Bergelut Demi Maruah - Trauma Kereta Merah

TRAUMA...mangsa menceritakan pengalaman diculik dan dicabul sekumpulan lelaki.
TRAUMA...mangsa menceritakan pengalaman diculik dan dicabul sekumpulan lelaki. 
 
KUALA LUMPUR: “Saya melihat rakan tergolek di jalan sebaik dicampak keluar dari kereta. Pada masa sama, tiga lelaki dalam kereta itu enggan melepaskan saya sebaliknya meraba seluruh badan dan memujuk saya melakukan perkara tidak senonoh.
“Demi mempertahankan maruah, saya memberanikan diri bergelut sebelum nekad terjun dari kereta yang sedang bergerak agak laju meninggalkan kawasan sekolah,” kata pelajar yang mahu dikenali Nor Asmira, 13.
Asmira, seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Kajang, di sini, berkata demikian ketika menceritakan pengalaman dia dan rakannya ‘diculik’ sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika makan di taman permainan di hadapan sekolahnya itu dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, kelmarin.

Ketika kejadian, dia dan rakan sekelasnya menjamah makanan di taman berhadapan sekolah.


“Kami dikepung sekumpulan 15 lelaki tidak dikenali yang mengajak kami mengikut mereka bersiar-siar dan berjanji menghantar pulang selepas itu,” katanya.

Keengganan mereka untuk  ikut menyebabkan kumpulan lelaki itu berang lalu mengheret gadis tersebut masuk ke sebuah Perodua Kancil berwarna maerah.

Pihak polis sudah mengenal pasti kumpulan tersebut yang belajar di sekolah sama dan memberitahu tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat

Sumber : Hmetro

Enhanced by Zemanta

Wednesday 11 July 2012

KEMERDUAN AL FATIHAH USTAZ ZULKARNAIN HAMZAH


As seen on : KEMERDUAN AL FATIHAH USTAZ ZULKARNAIN HAMZAH

 DARI SEDUTAN RAKAMAN FORUM PERDANA EHWAL ISLAM ANJURAN KELAB SUKAN DAN REKREAKSI SHAH ALAM SPECIALIST HOSPITAL OGOS 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...