Monday, 17 September 2012

Temujanji rogol

MENGHADIRI temujanji dengan kenalan baru lalu dirogol? Mengapa kes begini masih wujud? Apa yang membimbangkan, dahulu ia hanya berlaku di pesta muda-mudi dan kelab malam, tetapi kini ada kes dilaporkan berlaku di tempat awam seperti kedai makan atau dalam kereta.
Sebenarnya jenayah rogol hampir mustahil dilakukan jika mangsa tidak diberi perangsang seksual dalam bentuk dadah.
GHB (gamma hydroxybutyric acid), Rohypnol (flunitrazepam) atau Roofies dan Ketamine (Special K) popular digunakan untuk tujuan di atas satu ketika dahulu. Kini dadah tersebut sukar diperolehi disebabkan penguatkuasaan undang-undang.
Malangnya pemangsa semakin bijak. Mereka beralih kepada penggunaan campuran beberapa jenis arak, dadah sintetik dan cecair hormon perangsang seks binatang seperti kuda.
Contohnya, mereka menambah sedikit gula dan pewarna kepada campuran arak supaya minuman berubah warna dan bau menyerupai minuman berkarbonat.
Penggunaan dadah sintetik dan cecair hormon lebih mudah. Ia sukar dikenal dan pemangsa hanya perlu memasukkannya ke dalam sebarang jenis minuman atau makanan. Ada yang berbentuk gula-gula atau rokok.
Kebanyakan pemangsa akan menyembunyikan dadah perangsang seks di dalam genggaman tangan.
Mereka akan mencari kesempatan memasukkannya ke dalam minuman sewaktu tidak dilihat oleh mangsa.
Anak gadis yang terminum akan menjadi mengantuk, berahi dan tidak dapat mengawal pergerakan diri. Ini memudahkan mangsa dirogol tanpa melawan.
Lebih malang, mangsa mungkin mengalami amnesia dan tidak dapat mengingat tragedi tersebut dengan jelas lalu menyukarkan siasatan polis.
Mangsa juga berisiko mati akibat 'overdose' kerana pemangsa cenderung memberi sukatan berlebihan kerana istilah 'sukatan selamat' tidak wujud sama sekali.
Oleh itu, berhati-hati ketika bertemujanji. Ini bukan bermaksud anda menjadi bosan atau paranoid.
Anda hanya perlu melindungi diri daripada terambil dadah perangsang tersebut, yang penting jangan terpedaya dan sentiasalah berwaspada.
Lindungi diri daripada dadah perangsang seksualn Sebelum pergi bertemujanji, pastikan seseorang tahu ke mana, bila dan dengan siapa anda akan bertemu.
* Berjumpa di tempat awam yang mempunyai ramai orang. Jika ke parti dan terjumpa kenalan baru, jangan sekali-kali beritahu alamat tempat tinggal anda.
* Jangan pergi bertemujanji seorang diri. Terutamanya jika ia temujanji pertama. Bawalah kawan.
* Perhatikan sebarang tingkah laku mencurigakan dan jangan beri dia peluang memasukkan sesuatu ke dalam minuman anda.
* Pastikan telefon bimbit dalam mode senyap. Ia akan memudahkan anda menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sekiranya memerlukan pertolongan.
* Jika bertemujanji di dalam persekitaran samar-samar, pegang gelas minuman sepanjang masa. Jika rasa perlu merehatkan tangan, pastikan mata anda sentiasa terarah kepada minuman.
* Jangan terima sebarang pelawaan minum melainkan minuman yang diambil sendiri. Paling selamat minumlah air tin yang anda buka sendiri penutupnya.
* Jika minuman tersebut berasa pelik, berhenti minum dan segera minum air mineral untuk melancarkan sistem pengkumuhan badan.
* Jika ada seseorang cuba memaksa anda minum, sediakan alasan mengapa anda terpaksa menolak.
* Jangan malu untuk berkata 'tidak', beritahu sahaja sebarang alasan seperti 'minuman ini membuat saya sakit' atau 'saya tidak mahu muntah'.
* Jika pergi ke tandas, pastikan rakan anda tinggal bersama minuman untuk menjaga keselamatan. Jika anda terlepas pandang, anggap sahaja minuman tersebut tidak selamat dan dapatkan yang baru.
Akhir sekali, ketahui tanda-tanda jika anda telah pun diberi dadah. Sekiranya anda terasa dunia bergerak terlalu perlahan atau mabuk walhal anda tidak mengambil sesuatu yang memabukkan, anggap sesuatu yang tidak kena telah berlaku.
Tinggalkan sahaja lelaki itu dan hubungi seseorang yang boleh dipercayai.
Dadah perangsang seksual bertindak balas sangat cepat. Jika anda tunggu, mungkin anda hanya tersedar pada keesokan hari dan ia sudah terlambat!


 Kredit

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...