Monday 22 October 2012

Kenapa GAGAL dengan Clickbank?

Apa itu CLICKBANK?
Saya pasti ramai sudah tahu apa itu clickbank tapi ramai  yang masih lagi tak dapat hasil dengan clickbank. Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu gagal dengan clickbank antaranya ialah:

1) Salah memilih produk - Ramai yang  memilih produk yang salah. Bukanlah bermaksud produk yang dipilih tidak berkualiti tetapi kebanyakan memilih produk yan mempunyai persaingan yang tinggi seperti mempromosikan produk yang berkaitan dengan diet & weight loss, muscle building program, forex, make money.. kebanyak produk tersebut sangat-sangat tinggi persaingan.

2) Tidak mempunyai landing page yang mantap - Ramai yang tidak mementingkan kualiti landing page seperti kandungan yang dihasilkan. Perlu diingatkan bahawa landing page ini merupakan halaman untuk melakukan pra-jualan jadi amat penting sekali kita untuk mendapat kepercayaan pelawat supaya mereka melakukan pembelian.

3)Tidak fokus pada pemasaran yang dilakukan - Masalah ini juga melanda ramai orang terutama pada newbie yang baru ingin bermula. Mereka tidak fokus pada pemasaran yang ingin mereka lakukan sehingga berjaya mendapat hasil yang pertama. Kebanyakannya hanya berusaha sekerat jalan kemudian terus berhenti dari melakukan sebarang promosi lagi.

4)Mahu hasil yang cepat - ini lah antara masalah paling besar dihadapi oleh ramai orang. Buat duit secara online seperti melalui clickbank bukanlah satu cara untuk dapat hasil yang cepat. Usaha , trial & error sangat-sangat diperlukan sebelum boleh jana wang secara santai terutama melalui program-program internet seperti clickbank.

Sekiranya anda ingin jana wang melalui clickbank dengan kaedah pemasaran artikel & video, saya sarankan dapat ebook teknik clickbank oleh saudara Zyan.. Dapatkannya DISINI >>> 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...