Friday 31 August 2012

Amalan Doa Memohon Keberkatan & Murah Rezeki - Dhuha


"Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu ". " Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh"

Suatu amalan memudah rezeki adalah sentiasa kita melaksanakan solat dhuha dan berdoa dengan doa dhuha ini..Insya Allah...akan dipermudahkan urusan keperluan hidup kita..amin..






As seen on : Amalan Doa Memohon Keberkatan & Murah Rezeki - Dhuha



AMALAN MURAH REZEKI - Nak kaya kena rajin berusaha






As seen on : AMALAN MURAH REZEKI - Nak kaya kena rajin berusaha



Doa mudah bayar hutang – Al’Imran ayat 26, 27


Baca mulai dari “Allahumma malikal mulki”, tidak perlu sebut “qulillah” 
1.png 
[26] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[27] Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.


As seen on : Zikir Rezeki Tanpa Batas Ali Imron

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...