Tuesday, 19 June 2012

Pengorbanan Luhur Seorang Wanita


As seen on : Pengorbanan Luhur Seorang Wanita





Menjelang bergelar ibu, seorang isteri akan melalui ujian dan cabaran tersendiri. Namun, rasa bahagia mengandungkan anak hasil perkongsian hidup dengan suami membuatkan dia lupa penanggungannya sewaktu sarat mengandung. Memang kadang-kadang rasa agak tidak selesa dengan perut yang membesar.

Suami yang memandang pun rasa rimas melihat pergerakan isteri yang terbatas, inikan pula isteri yang menanggungnya. Namun, rasa tidak selesa itu hilang bila timbul bayangan cahaya mata yang bakal ditimang. Isteri sanggup melalui detik ujian dan cabaran sewaktu mengandung demi kasih pada suami dan anak dalam kandungan.

Tidak ada isteri yang merungut kenapa dia harus menanggung sakit bersalin dan berpantang lepas bersalin. Sebaliknya isteri boleh senyum selepas mengalami kesakitan yang tak tertanggung sewaktu bersalin. Selepas berhempas-pulas bersabung nyawa di meja bersalin, beberapa minit kemudian dia boleh melemparkan senyum puas bila menatap wajah suami dan wajah anak yang masih merah. Bukan cerita sakit bersalin yang diluahkan pada suami, tapi cerita gembira menimang cahaya mata.

Pengorbanan seorang wanita untuk menjadi seorang ibu sangatlah berat, jadi tidak
sepantasnya kita kaum adam memperlakukan seorang wanita dengan seenaknya. mensyukuri pemberiannya bukan malah melenyapkan/menghilangkan pemberian tersebut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...