Friday, 23 November 2012

Khasiat Buah Zuriat - Herba Alternatif Bagi yang Inginkan Zuriat



Buah Zuriat @ Buah Adam/Hawa @ Buah Koka

buah zuriat ini adalah dari pokok koka

iaitu kayu koka yang Nabi Noh a.s jadikan kapal semasa banjir besar dahulu.
Masyarakat Arab & Timur Tengah mempercayai Serbuk Debunga Kurma dan Buah Zuriat mampu mengatasi masalah kemandulan dan ketidaksuburan di kalangan lelaki & wanita. Ianya juga mampu meningkatkan daya seksual hubungan suami isteri.


Buah Zuriat juga dikenali sebagai Buah Hawa atau Buah Adam merupakan buah yang sangat popular di kalangan jemaah haji dan umrah. Di negara Arab buah ini dikenali sebagai Doum. Di Mekah dan Madinah, buah ini dijual sebagai sediaan herba untuk mengatasi masalah kesuburan di kalangan lelaki dan wanita. Ianya dibelah dua kemudian direbus dan diminum air rebusan tersebut setiap hari. Ada petua yang hanya merebus kulit dan ada juga yang merebus biji dan ada yang merebus kulit dan biji sekaligus. Sudah ramai yang berjaya hamil dengan meminum air rebusan Buah Zuriat

Khasiatnya:
   Bagi pasangan yang telah lama berkahwin dan tidak mempunyai zuriat, insyaallah dengan izinNya jika meminum & mengamalkannya. Allah swt akan mudahkan.
selain dari untuk mendapatkan zuriat khasiat buah ini jugak untuk sesuai menyembuhkan penyakit lenguh² & sengal² badan.


Cara² penggunaannya:
1. rebus 2 biji kerana ada berpendapat selain nama buah zuriat ia dikenali sebagai adam & hawa
2. selepas kulit luar lembut dan boleh di belah, ambil isi dalam 
3. rebus isi tersebut hingga bertukar warna air, kemerahan spt warna air teh 
4. minum air tersebut selama 44 hari @ mengandung
5. diminum oleh suami isteri
6. boleh rebus berulang kali sehingga air bertukar warna cerah/putih

**ulang langkah yg sama semula untuk rebusan ke2


Sebelum minum air rebusan tersebut, bacalah bismillah diikuti petikan ayat 38 daripada al Imran sebanyak 3 kali:

    “RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA”. Maksud Ayat: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” ayat 38, surah Ali-Imran.

(Doa untuk mendapatkan zuriat juga boleh dibaca di dalam Surah Al-Imran Ayat-200 dan Surah Al-Anbia Ayat-89).



air rebusan tersebut boleh diminum pada bila² masa sahaja dan jadikan amalan serta jangan lupa niatkan dalam hati. Insyaallah jika ada rezeki & izin Allah swt, maka termakbullah niat suci kita.

** buah ini hanya boleh didapati di mekah. Kita boleh minta tolong sesiapa saja yang menjalankan umrah/haji untuk belikan 
mungkin boleh jugak didapati di kedai jual air zam² atau barang dari mekah.

Selamat Mencuba
Enhanced by Zemanta

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...